Senikata Lirik Lagu

Song lyric and lirik lagu muzik from artis-artis Indonesia, Melayu Malaysia, Nasyid, Singpura, Mandarin, and Raya.

Destinasi Cinta

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku… Ya Allah…


Latest song lyrics by Mestica


| Print Print | Email Email

Tags: ,



8 Comments »

nur
Wrote @ January 2nd, 2008 at 6:46 pm

:)
nice..

Nur Khairunnisa
Wrote @ February 17th, 2008 at 2:54 pm

mantop. . . . ;;)

syuez
Wrote @ February 29th, 2008 at 10:46 am

:) emm..sdp lgu ni..
:( d keinsafan dlm dri..

lina3110
Wrote @ March 10th, 2009 at 11:02 pm

Assalamualaikum… lirik lagu yang mantap untuk renungan diri…

nusra
Wrote @ March 20th, 2009 at 3:31 pm

salam…best la lagu ni,,

nicjonson fedilis
Wrote @ March 25th, 2009 at 2:43 pm

sya bangga dngn artis2 di malaysia sya rasa sya pun nak jdi cam kmu semua

aisyah
Wrote @ June 20th, 2009 at 3:57 pm

erm…. sye minat gilew lagu ni

imran
Wrote @ June 23rd, 2009 at 2:27 pm

saya suka semua lirik ini

Leave a comment