Senikata Lirik Lagu

Song lyric and lirik lagu muzik from artis-artis Indonesia, Melayu Malaysia, Nasyid, Singpura, Mandarin, and Raya.

Kau Sahabat Kau Teman

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati


Latest song lyrics by Hijjaz


| Print Print | Email Email

Tags: ,



3 Comments »

syuez
Wrote @ February 29th, 2008 at 11:54 am

huhu..sdh yer..
x lme nk brpish dah.. :(( :(( :((
buat teman2 igt daku slalu.. :( :( :(

ifat
Wrote @ July 1st, 2009 at 9:49 pm

sUre! La9u niCh cdhih b9tZz….! 4 all my friends, La… t4n54ni okay….!!!

chunie cun
Wrote @ August 19th, 2009 at 5:54 pm

lagu ni mmg menyentuh perasaan terutama kpd sesiapa yg tlh
kehilangan teman sejati….inilah lagu yg terbaik

Leave a comment