Senikata Lirik Lagu

Song lyric and lirik lagu muzik from artis-artis Indonesia, Melayu Malaysia, Nasyid, Singpura, Mandarin, and Raya.

Mahar Cinta

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bisa mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu
Dapat melihat rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya


Latest song lyrics by Devotees


| Print Print | Email Email

Tags: ,



6 Comments »

anum
Wrote @ March 2nd, 2008 at 11:56 pm

:x :x :x assalamualaikum
kpd insan2 yg sdg cinta monyet,
hayatilah setiap bait kata2 lagu ini

anum
Wrote @ March 2nd, 2008 at 11:57 pm

:)) =)) 8-} :D :D/ ;)) ^:)^ :x =(( :-* :P :P :) x( :o B-) :( :(( ;)

lai
Wrote @ March 29th, 2008 at 1:16 am

assalamualaikum….cinta di duni tidaka kan kekal kecuali cinta kepada allah sahaja..kerana cinta itu akn membwa kebahagian didunia dan akhirat :) :D/

hafez
Wrote @ June 28th, 2008 at 11:43 am

assalamualaikum,,,, selain itu jadikan lah amal ibadat dan amal seleh itu sebagai kekasih kita..kerana ibadat itu lah yang sentiasa setia bersama menjaga hidup kita selamat dunia akhirat…. :)

hafez
Wrote @ June 28th, 2008 at 11:44 am

erm mana leh dapat kod gitasr lagu ne?? aku nak maen kan untuk awek aku lar…ehehe

hamnah
Wrote @ March 21st, 2009 at 4:31 pm

COUPLE itu HARAM

Leave a comment