Senikata Lirik Lagu

Song lyric and lirik lagu muzik from artis-artis Indonesia, Melayu Malaysia, Nasyid, Singpura, Mandarin, and Raya.

Alpha

Alpha beta gamma
Hubbal maali hubban jamma
Bila dukka dakkan dakka
Dan hadirnya saffan saffa

Alpha beta gamma
Manusia mengira-ngira
Harta bagai pengabadinya
Kuasa jadikannya raja

Manusia berlumba-lumba
Mengejar harta sabar tiada
Apa jua cara asal bisa kaya
Harta kunci ilusi maya

Kumpul dan kira harta
Kerananya hidup kita sangka
Harta bagaikan pahala
Kiranya kita di dunia

Devotees :
Merenung jauh kisah manusia
Hanyut di dunia yang penuh gelora
Bicara ini mengungkap rasa
Cerita lara di akhir masa

Manusia rakus mengaut segala
Pangkat harta kuasa malah dunia
Material mengusasai jiwa
Pedoman Tuhan ketepi semua

Bila dibelai dikaburi kemewahan
Keliru kesamaran mana arah tujuan
Terpesong dari landasan sebenar
Hingga cahaya iman di hati makin pudar

Akbar :
Perjalanan penuh onak cabaran
Terus melangkah pandang ke hadapan
Telah kulalui banyak kekalahan
Kuhadapi kecewa itulah dugaan

Termanggu aku atas silap yang lalu
Kuharungi jua biarpun rasa kaku
Terasa detik terus mengejarku
Harus kupasrah perjuangan tak layu

Pengalaman harus aku terima
Bagai pengajaran kuhadapi jua
Jika berulang aku pasrah terima
Asal tak hilang rasa syukur dan percaya

Devotees :
Pesona dunia mengekor selalu
Tak terasa diri sering tertipu
Segala perilaku berajakan nafsu
Dalam hati hanya mahu wang beribu

Tak kira masa rasa tamak haloba
Hidup hanya untuk suka-suka sahaja
Tak sedar semua milik Yang Esa
Celik di mata tapi hati buta


Latest song lyrics by Devotees


| Print Print | Email Email

Tags: , ,



»

Leave a comment